WELCOME TO ALL THE SERAMA LOVERS

Group member untuk Sebarang Bertanyaan : Abe Tan: 6017 - 313 8863 En. Anuar Bk: 6019 - 3034494 En. Kuchai Snwg; 6017-2726705 En. Sidiq Ptrajaya: 6019-3907005 En. Anuar Lep : 6014-3655567 En. Faezul Pkfz : 6018-6391615 En. Remy Ptrajaya ; 6011-15747179

Pembukaan MAIN PAGE

THANK YOU to all of you (Blog VISITOR'S), Your interst on my Serama Farm, we would like to share all about seramas, here is all our pass exprerince and effiort done to take care of Malaysian - SERAMA CHICKEN/ Ayam Serama from - /// From how to Raer, How & where do Source out, Selection, shecdule of breeding, Traininng method & Schedule, Competition info, Method of groomimg, Standard of Beauti, Competition of Judge guide line, ilness * Medice, Selling & Trade & etc...

Skema Markah /Judge (M) standard

SKEMA PERMARKAHAN PERTANDINGAN



Skema Permarkahan Pertandingan di Malaysia dibahagikan kepada 2 Format.
(Iaitu Permarkahan di antara Kelantan dan di Terengganu)




















Kreteria permarkahan seperti dibawah :

a.) Gaya --- 25 %

b.) Tubuh --- 15 %

c.) Ekor --- 15 %

d.) Lawi --- 10 %

e.) Kepala dan Balung --- 10 %

f.) Warna --- 8 %

g.) Sayap --- 7 %

h.) Bulu --- 5 %

i.) Kaki --- 5 %

j.) Kecantikan, Keseluruhan, Kesempurnaan --- Extra Bonus %





Gaya Skema ada 2 Jenis iaitu (i) TERENGGANU & (ii) KELANTAN)

(i) Skema di TERENGGANU


Hanya sejenis skema digunakan Permarkahan untuk Gaya (disatukan) satu markah sahaja,
pertandingan yang ada di negeri Terengganu dan pengadil Group Terengganu.


Bagi pengadil group “KERISMA” di Kelantan mereka juga mengunakan Skema - TERENGGANU.






(II) Skema di Kelantan (Group “PERKAS”)


Ada 2 jenis Skema di Kelantan Permarkahan Gaya
iaitu format pengadil group ”PERKAS” permarkahan Gaya akan dipecahkan menjadi 2,


Gaya A : ialah gaya di atas meja
Gaya B : adalah gaya di bawah ( berjalan ).




Gaya : Permarkahan penuh diperuntukkan 25% tetapi setakat ini markah yang tertinggi adalah 23.5 sahaja. Gaya dikira dari segi bagaimana ayam tersebut beraksi seperti mengebas-mengebas tarik, berjalan dengan megah, tarik selam kepala untuk menampakkan dadanya yang besar, angkat kaki sebelah, tengkok bergetar dan sebagainya. Kesemua itu dirangkum sebagai gaya..tetapi pengadil Perkas menambahkan satu lagi item iaitu berjalan di bawah. Kalau ayam itu duduk terpaku, walaupun tarik selam gila, markahnya mungkin hanya dapat 20 - 21 sahaja.






Tubuh : Pemarkahan penuh biasa diperuntuk 15%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 13.5 sahaja. Tubuh cantik dikira jika ayam tersebut boleh mengangkat dadanya hinggakan tidak menampakkan ruang di antara ekor dan belakang ayam tersebut. Kepala pula perlu melepasi aras kaki. Ekor tidak boleh melepasi aras kaki...orang sebelah sini kata tikam kepala...Jadi kedudukan kepala tu melebihi 90 darjah le.






Ekor : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 15%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 13 sahaja. Ekor yang cantik mesti mempunyai lebih daripada 5 bilah/helai sebelah. Susunannya perlulah teratur...iaitu tersusun dengan rapi...tak boleh ada yang pendek ditengah-tengah...menampakkan susunan menaik...satu lagi ekor tu mesti le terbuka..tak boleh tertutup rapat atau mengucup..istilah yang biasa kita gunakan untuk ekor ialah bentuk daun sirih.






Lawi : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 10%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 8.5 sahaja. Lawi cantik mestilah lebih tinggi dari ekor pengapik lawi..sekurang-kurangnya 1 inci. Lawi perlulah tegak ke atas..dua lawi ini perlulah sama panjang..keras, halus dan tajam meruncing..istilah yang biasa digunakan untuk lawi ialah lawi pwdang dan lembing.






Sayap: Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 7%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 6 sahaja. Susunan sayap mesti kemas, Bulu pelepah pada sayap tidak menampakkan rongga, tidak terlalu singkat atau terlalu labuh...aras kaki digunakan sebagai penentu. Sayap yang cantik ialah apabila diluruskan ke bawah boleh menutupi kakinya dan tidak mencecah tanah. Mesti terpacak tegak 90 darjah.






Kepala Balung : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 10%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 8 sahaja. Balung cantik dikira apabila saiznya besesuai dengan muka ayam. Tidak tebal, berwarna merah terang untuk menunjukkan ianya sihat, Jejarinya melebihi daripada 5 bilah, Tegak, Tersusun dengan rapi...nampak keseragaman dalam susunannya.






Warna : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 8%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 7 sahaja. Warna kelas satu ialah warna-warna yang berkilat..seperti kuning, merah, ara, kumbang lilin, Warna kelas 2 ialah warna putih, kubing, warna kotor iaitu warna bercampur dengan warna hitam didadanya.






Bulu : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 5%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 4 sahaja. Bulu hendaklah kemas, bersih terutama hujung sayap dan bawah punggung, tidak merebang-rebang, kalau boleh bila kita lihat menampakkan kemas dan rapi...tip..mandikan ayam 3 atau 4 hari sebelum pertandingan...jangan mandikan sehari sebelum pertandingan..bulu tidak akan tersusun dengan rapi...nampak macam carik-carik.






Kaki : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 5%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 4 sahaja. Warna kaki terang biasanya kuning, panjang, bersih, tegap bila berdiri, bengkok kurang markah, tidak lemah atau lembik bila berjalan.






Remark : biasanya markah tidak banyak beza di antara satu-satu ayam..dan kadang-kadang markahnya sama sahaja apabila dijumlahkan..cara menentukan pendahulunya ialah dengan melihat susun atur markahnya daripada gaya hingga ke kaki...kalau ayam 'A1' gaya lebih tetapi kalah bahagian kaki dan ayam 'A2' kakinya lebih tinggi daripada gaya, maka ayam 'A1' dikira sebagai pendahulu begitu le seterusnya..akan tetapi jika kesemua ciri-ciri markahnya sama, cara timbangan lah yang terakhir kita gunakan..ayam yang teringgan dikira sebagai pemenang.

Permarkahan Terkini : Permarkahan sekarang mengunakan dua berpuluhan seperti berikut jika 10.00 banding dengan 10.25 , ini menjadi saingan amat tinggi dan markah amat dekat. ini juga permarkahan sekarang buat Tuan ayam sekarang suka libat (ayam sama tetapi masuk lebih dari sekali) untuk dapatkan permarkahan 2 kali markah ayam masing masing masa di pertandingan, ini agak tak shihat (tidak adil bagi tuan ayam lain cuma bermarkah sekali shj).






Nota : Markah penuh untuk kreteria diatas adalah 100% dan sebagaimana kita sedia maklum, tidak pernah terjadi dalam sejarah pertandingan seekor ayam mendapat 100%. Ada satu lagi markah bagi keseluruhan / kesempurnaan / kecantikan ayam tersebut. Markah bonus ini jarang diberi, tapi ini terpulang kepada pengadil (individual) bagi mengiktiraf kecantikan/kesenian sesekor ayam. Markah ini diberi atas budi bicara pengadil untuk rekomen ayam yang bermutu. Di lihat dari segi pandangan keseluruhan terhadap kecantikan dan kesenian ayam tersebut.





















Seramacinta Rev 2 - 6/3/2012